KUALA LUMPUR: Peniaga nasi ayam claypot yang tular meneruskan perniagaan seperti biasa walaupun dilanda kontroversi berkenaan status halal operasi perniagaannya yang diusahakan sejak 28 tahun lalu.
Ahmad Muzakin Mohd Amir, 48, berkata, sejak isu itu tular, perniagaan berjalan seperti biasa, namun berdepan sedikit masalah susulan kekurangan staf.
Menurutnya, susulan itu dia agak sibuk apabila terpaksa menguruskan sendiri perniagaan sementara menunggu pekerja daripada agensi tiba.
"Saya penat, saya minta maaf, saya serahkan semua ini (isu status halal) kepada Allah SWT.
"Sekarang kedai kurang staf tapi perniagaan jalan seperti biasa. Saya sudah mohon kepada agensi tapi pekerja belum sampai lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas operasi perniagaannya selepas tular berkenaan status halal makanan dijualnya.
Nasi ayam claypot diusahakan Ahmad Muzakin bersama isteri sebelum ini tular didakwa menggunakan wain beras dalam penyediaan makanan tersebut.
Susulan penularan isu tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan operasi kedai terletak di Sri Petaling itu tidak memiliki sijil halal daripada pihak autoriti.
Jakim turut menasihati pengguna Muslim untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi dengan semakan status halal premis makanan boleh dibuat di Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.
Sementara itu, memetik laporan sebuah akhbar, Ahmad Muzakin mengakui premisnya tidak memiliki sijil halal tetapi yakin bahan masakan yang digunakan bukan bahan terlarang atau haram.
"Kedai saya memang tiada sijil halal daripada Jakim, tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama.
"Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan.
"Dua botol itu adalah minyak bijan cuma saya akui kilang itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.
"Kalau kata saya masukkan bahan terlarang itu dalam botol minyak bijan, itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi jadi macam mana saya masukkan bahan itu.
"Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal," katanya menurut laporan akhbar tersebut pada Selasa.
Menurut laporan akhbar sama, Ahmad Muzakin yang mempunyai lesen perniagaan secara sah dalam perancangan membuat permohonan sijil halal Jakim dan akan mengikuti kursus berkenaan pada Khamis ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 13 2023
Nasi ayam claypot yang diusahakan Ahmad Muzakin bersama isteri. -Foto Sinar Harian
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
'Saya penat, berserah kepada Allah SWT' - Peniaga nasi ayam claypot
Ahmad Muzakin berkata, sejak isu itu tular, perniagaan berjalan seperti biasa, namun berdepan sedikit masalah susulan kekurangan staf.